Hujan makin mencurah…Aki masih bersandar di bangku usang sambil membalut
luka di kaki kirinya … itu rutinnya setiap kali selepas mandi..Aki pasti mengetap
bibir menahan
kesakitan yang tidak pernah reda untuk
sekian lamanya.Sudah lebih dua dekad Aki berjuang menanggung penderitaan yang
amat
menyeksakan itu. Ntah bilakan surutnya…Jenuh
berubat dah namun belum di izinkan Nya lagi..Sabar, Aki tetap sabar Aki tak
punya pilihan …Aki tetap Alhamdulillah
…syukur..Retak seribu di wajah tua Aki sudah cukup mempamerkan keuzurannya...Sekalipun
Aki redha dengan ketentuan Nya namun sesekali tu terpacul juga keluhan dari
mulut Aki.Berat
mata memandang berat lagi bahu memikul.Semangat Aki untuk terus melihat sinar mentari esok,
lusa…tulat…langkat cukup cekal, kental…
ingin terus berbakti…sujud syukur…lima waktu berjemaah di madrasah..pada baki
usianya yang tinggal tak seberapa... Aku amat menghormatinya. Aku yang sihat
walafiat ni pun liat nak bangun subuh…tapi Aki bukan aku…Aku merenung jauh ke
lubuk hatinya cuba menyelami apa yang tersirat di sebalik keluhan Aki .Patah sayap
bertongkat paruh, patah paruh bertongkat kuku, namun gunung daki ku daki jua..itulah
Aki yang aku kenal.
Membesarkan anak anak hampirse dozen
ramainya… dari menyediakan makan,pakai , perbelanjaan sekolah sehingga empat
dari anak anak Aki berjaya menjejakan kaki ke menara gading. Itulah Aki dan Mak
Temah yang aku kenal…..Tak pernah mengaku kalah dalam perjuangan hidupnya.
Hanya dari hasil mengambil upah menoreh
pajakkan kebun Pak Usin sejak sekian
lamanya semenjak penanaman semula diusahakan di mana di situlah Aki dan Mak
Temah meraih rezeki sebelum ini…demi membesarkan anak anak.
Aki begitu berbangga
dengan pencapaiannya hanya kerana beliau
seorang dari berjuta peneroka.
Aki tidak pernah jemu jemu bercerita
tentang suka dukapengalaman hidupnya
sepanjang tujuh puluh empat
tahun usia Aki berteman Mak Temah dan
setiap kali kami bersua muka, itu lah ayat pembuka selera Aki sebagai mukadimmah perbualan kami.
Dalam bangga ada keluhan yang tidak
berpenghujung. Saat Aki mengimbau , mengenang kembali nasibnya dan setiap kali
Aki berkisah tentang anak-anak yang selalu menjadi kebangaannya. Aki sering
beranggapan dirinya dan Mak Temah isterinya sering diperlaku bagaikan Quran buruk.Sedih
benar Aki setiap kali bercerita tentang
nasibnya.Anak-anak Aki bagaikan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing selepas
mengecapi kejayaan. Tapi aku tak rasa anakanak Aki bersikap begitu, Bagi aku
they all quite reasonable, tapi ntahlah rambut je sama hitambeb..Namun Aki sukar menerima
hakikat…zaman kini berubah…Benarlah kata pepatah gamaknye yea..Seorang ibu mampu
menjaga sepuloh anak namun sepuloh anak belum tentu bisa membahagiakan seorang
ibu…!
Acap kali aku cuba menenangkan Aki
dengan memberi berbagai alasan mungkin anak-anaknya sibuk demi meneruskan
kelangsungan hidup. Zaman Aki berbeza dengan zaman berteknologi tinggi masa
kini.Semuanya serba pantas. Semua kena duit,celik mata duit, sehingga masuk ke
tandas sekadar melepaskan
hajat pun kena dua kupang…”Ala Aki saya ni idak lah pandai tapi kan
Aki busuk busuk
daging, dicincang dimamah kita telan jugakkan…wangi wangi tulang ke tanah juga kita
humban..!” “Anak anak sume dah berkeluarga Aki… banyak masalah kot bukan saja
saja nak sisihkan Aki..dema bukan mewah sangat pun dan bukan orang lain..darah daging
dan anak menantu Aki gak..tak baik menuduh macam tu Aki..kecik ati dema kalau
dema dengar nanti…!”Aku cuba melentur keegoan Aki …Apa lagi kena semburlah aku
pas tu Aki tempelak
balik apa aku cakap.”Abis aku ni tak kecik ati dibuat anak anak???” Sape nak
jawab…Tergamam aku beb..! aku panik kejap…
Memangla kita pun maklum, kalau setakat gaji
seribu dua tu memang payah sangat hidup di KL ni...tu belum lagi bayar baby
sitter..beli prepaid lagiii..sume duit,,,mana dapat dengan air liur je…!! Aki
faham semua itu namun agak sukar menerima kenyataan bila terasakan dirinya dan
mak Temah bagai disisihkan oleh Abang Long,Kak Ngah, Andak, Kak Uda, ….Uchu
ntahlah semuanya. Aki main jamak je kesemuanya…maklumlah ramai beb…!Kalau balik
kampong sume, aku sure kena tido kat bangsal je..tak pun tegak khemah..bantai
dek nyamuk…tapi kan aku pasrah kan je..
Aki mencongak masa depanya yang suram,
kelam setiap kalimenanti kepulangan anak anak kesayangannya ibarat pungguk merindui
bulan. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Hanya Mak Temah
yang ada menjadi peneman sepi Aki tempat bermanja,pengubat rinduuntuk sekian lamanya,
hanya Mak Temah yang mengerti.Sesekali ku lihat Aki mencapai tisu menyapu
hidungnya yang berair… Aki menarik nafas tanda puas…mata ku tak berganjak dari
meniti raut wajah Aki, menanti kata kata Aki dengan penuh ketaksuban.
“Ntah apa dosa yang aku dah buat
sampai kena uji macam ni…anak anak aku semua belajar tinggi,aku bagi didikan agama,aku
suruh mengaji sampaikhatam Quran semua,tapi dalam bab emak ayah ni macam jadi
beban pada dia orang pulak…dema tu akan merasa nanti..buatlah aku dengan mak
kamu..!”Itu lah ungkapan Aki acap kali berulang ulang kali...Entah berapa
kali,malah setiap kali sehingga aku bisa menghafal setiap bait kata kata Aki
sebelum Aki sempat melafazkannya. Aku menelan semua kata kata Aki namun
bagaimana bisa aku menterjemahkannya pada kalian…???
“Kalaulah dema dapat merasa betapa jerihnya
aku dengan mak kamu mengambil upah menoreh sampai sepuloh ekar demi membesarkan
danmenyekolah dema….tapi yea lah tu sume tanggungjawab
aku jadi ayah…nak makan pun susah masa tu…apa lagi nak belikan mak kamu barangkemas…kesian
aku tengok mak kamu tu…abis menoreh sini noreh
sana pulak nak nolong aku…bagi lapan dua pulak tu dengan Pak Usin…bagi
enam empat dengan Harun Bongek tu…mencekik darah betul..Apa nak dibuat..anak
anak nak sekolah...!” “ Sekarang ni dema sume dah senanglenang,berkereta ,berumah
besar, usahkan nak melawa aku dengan mak kamu kerumah dema bak
semalam dua….balik kampong pun macam kena paksa,…menelefon bertanya khabar pun
takut bayar bil telefon gamaknya…kalau telefon pun tentu ada halnya…tak da hal,
payah lah nak telefon..apa salah nya sekali sekala tu telefontanya khabar mak
kamu tu…haram tak de !!!” Agak keras bentaknya…
Aki memang agak keras dan tegas
orangnya..susah nak menerima pendapat orang lain maupun pendapat anak anak
sendiri. Asyik asyik Aki saja yang betul, orang lain semua salah.
Kalau bertegang uratnak menang aje tak
kira dengan sape.Mak Temah memang cukup sabar, menahan sabar bagaikan api dalam sekamdengan
kerenah Aki.Mak Temah tetap istiqamah.Tetap isteri solehah aku kira. Aku faham sangat sikap Aki.Kalau tak faham
pun aku buat buat faham…anguk anguk kepala macam ayam makan padi…tanda
akur..asal Aki lega dapat melampiaskan kemarahannya..
Kebanyakan anak anak tak tahan dengan
leteran Aki. Aku pun tak tahan beb..tapi aku tadah telinga aje..maklumlah
pendengar setia Aki.Sesekala tu Aki sindir aku
gak.Aku faham sangat…Aku buat buat buat garu hidung aku yang tak
gatal..cover line la tu…Mak Temah tersipu sipu aje bila Aki tegur aku…Anak anak Aki
pun bukan sengaja menjauhinya apa tah lagi membenci Aki.Aku faham. Aku tau semua
anak anak Aki menyanyangi Aki apa tah lagi Mak Temah…Tapi sekali lagi aku
terfikir bagaimana harus aku menterjemahkan kesamaran ini pada Aki…??? Aku serba tak kena…serba
salah…dilema aku beb..!
Tapi ya lah, Aki tu kan ayah, Ayah
tetap ayah..Bengking mana pun ayah kome kan..busuk busuk pun ayah
sendiri.
Berdosa besar menjauhinya. Jangan
sampai derhaka ..! Tak cium bau syurga Kak Ngah oii..!
Aki dan Mak Temah sudah pun melangsaikan
segala tanggungjawab demi membesarkan dan memberi pendidikan seadanya pada anak anak….apalah salahnya
Kita sume pulak mengambil alih tugas
membalas segala penat jerih Aki dan Mak Temah dengan kasih sayang walau
wang ringgit sekalipun kalau mampu…seikhlas mungkin.Jangan lah kita jadi macam kacang lupakan
kulit. Usahlah hanya sekadar menghulur seratus dua rasa dah memadai…tak cukup..! Sewajarnya limpahilah mereka dengan kebahagiaan..doa
kudus buat ayah bonda…pohonilah kemaafannya…. Dakapilah dia …Dengarkan
rintihannya…Fahamilah ia…itu lebih afdal…Laksanakanlah segalanya selagi ada
hayatnya di kandung badan. Tambah tambah lagi di saat keuzuran menyelimuti
susuk susuk tubuh tua keramat itu…yang kini kian sep idimamah senja..!!!
No comments:
Post a Comment